Chef Amer Hamzah
Chef Amer Hamzah
Pengasas Chef Amer Academy & Chef Amer Kitchen
Chef Amer Kitchen mengeluarkan produk Pes Masakan, Premium Essence, Coklat dan Hazelnut Paste Chef Amer memperolehi Diploma Sains Pertanian dari Universiti Pertanian Malaysia (UPM)pada 1991 sebelum melanjutkan pelajarannya dalam bidang coklat & konfeksioneri di ZDS, Solingen, German.
Beliau merupakan seorang anak didik kepada World Master Chocolatier – Jean-Pierre Wybauw. Selain itu dia mendalami ilmu & menjalani latihan di Holland, Belgium, Swisszerland & Singapura.
Chef Amer juga sering diminta untuk menyediakan coklat untuk Sultan, Kerabat Diraja, Perdana Menteri, menteri dan orang kenamaan. Chef Amer turut meraih Anugerah Produk Paling Innovatif kerana ciptaan coklat durian pertama Malaysia.